Kelab Pecinta Alam :)

Dan selamat pagi, tengah hari, petang, senja, malam, tengah malam :).
Malam nie Syiera tetibe rasa nak update blog pasal kelab Pecinta Alam.
Minggu lepas, sekolah Syiera mengadakan Mesyuarat Agung Kokurikulum. Syiera join kelab Pecinta Alam, unit beruniform Puteri Islam, permainan Bola Tampar. 

Nie nak cite ni, sebenarnye Syiera bukan kelab Pecinta Alam but Kemahiran Hidup, Syiera tukar sebab kelab KH ade dua orang je tahun lepas, tu tahun lepas tahun nie langsung xde . Then, Syiera pon tukar lah kelab. Syiera masuk Pecinta Alam sebab geng Syiera ajak masuk.

Pecinta Alam ada 5 orang je, sume tu kawan sekelas Syiera. Nabila, Athirah, Atiqah Nur and Atikah Zabidi. Cikgu pon sporting arr jugak. Disebabkan kiteorang lima orang je, senang lah nak dapat jawatan. Syiera jadi Setiausaha. Syiera rase Setiausaha paling banyak kerja, diorang sume x buad langsung tugas diorang .. herr .. =,=

Baru perjumpaan kali kedua kiteorang da dapat tugas, tugas kiteorang ialah "Mengenali Flora" , Kiteorang diberi homework tentang mengenali flora. Kiteorang kene senaraikan 5 jenis tumbuhan di sekitar kawasan sekolah pestu kene nyatakan ciri2 die .. 

Syiera nak tunjuk kat korang sume ape Keje Syiera .. 

BUNGA KERTAS 

 

Nama tumbuhan.
 Bunga Kertas
Nama saintifik.
Bougainvillea
Ciri-ciri tumbuhan :
Daun.
Daun yang banyak dan ada yang bewarna warni
Bunga.
Pelbagai jenis bunga dan warna.
Dahan / Batang.
Keras dan rapuh. Ranting yang banyak.
Famili.
Nyctaginaceae
Kegunaan perubatan
Berkhasiat sebagai penyegar badan .

JEJARUM


Nama tumbuhan.
Jejarum
Nama saintifik.
Ixora 
Ciri-ciri tumbuhan :
Daun.
Daun yang lembut
Bunga.
Mempunyai bunga yang kecil.
Dahan / Batang.
Mempunyai batang yang lembut.
Famili.
Rubiaceae.
Kegunaan perubatan.
Merawat keputihan, cirit-birit, masalah kulit, terkehel, melecur, luka.

LIDAH JIN.

 

Nama tumbuhan.
Lidah Jin.
Nama saintifik.
Sanseviera trifasciata.
Ciri-ciri tumbuhan :
Daun.
Daun yang panjang dan runcing.
Bunga. 
Bunganya berbau harum, bewarna putih kekuningan, berjambak dengan tangkai yang panjang.
Dahan / Batang.
X jumpe penat dah google.
Famili.
Ruscaceae.
Kegunaan perubatan.
Merawat sakit telinga, mengubati kegatalan, merangsang pertumbuhan rambut, ubat sakit gigi, membunuh kutu.

Tiga je Syiera tunjuk, lagi due tu malas nak tulis ... k lah sampai disini saja entry Syiera buat kali nie, da .. (sambil melambai tangan) :)


0 comments: